Manual Rujukan Utama
Objektif PBD
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
OBJEKTIF PBD
Melalui PBD, guru dapat:
- Mengesan pengetahuan sedia ada murid
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- Mengetahui keberkesanan PdP
- Merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
- Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Melalui PBD, murid dapat:
- Mengesan perkembangan diri
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- Meningkatkan pencapaian pembelajaran