Kurikulum & DSKP

Tafsiran Standard Kurikulum

3 Komponen Asas Dokumen Kurikulum (DSKP)

Jadual perbandingan tafsiran Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Fokus PBD

Standard Prestasi

Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.

Pelaksanaan, Perekodan & Pelaporan

  • 1

    Guru hendaklah menentukan Tahap Penguasaan murid dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan.

  • 2

    Digalakkan merekod perkembangan murid dalam pelbagai medium (buku rekod mengajar, buku latihan, catatan guru, buku amali, folio, senarai semak dll).

  • 3

    Perekodan dalam templat pelaporan (Excel) hanya dibuat setelah PdP selesai bagi setiap bidang, tema, kemahiran atau kelompok Standard Kandungan & Pembelajaran.

  • 4

    Pelaporan Tahap Penguasaan dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa sebagai maklum balas terhadap tahap pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

Variasi Standard Prestasi Pelbagai Mata Pelajaran

Setiap mata pelajaran mempunyai Standard Prestasi masing-masing berdasarkan Standard Kandungan dan Pembelajaran.

butang di bawah untuk melihat contoh DSKP