Pelaksanaan Moderasi PBD
Moderasi merupakan proses penetapan aspek atau kriteria dalam pentaksiran.
Proses ini melibatkan guru membuat keputusan yang konsisten semasa mentaksir Tahap Penguasaan murid.
Moderasi penting untuk mengurangkan jurang pertimbangan profesional antara seorang guru dengan guru yang lain.
Moderasi dilaksanakan oleh guru mata pelajaran yang sama atau dalam panitia yang sama.
Dalam proses moderasi, guru berkongsi pengalaman, pengetahuan, pemahaman kurikulum (Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi), strategi pengajaran serta pentaksiran untuk melaksanakan pertimbangan profesional.
Tujuan Moderasi
4 objektif utama mengapa proses moderasi dilaksanakan
Moderasi
Memastikan pertimbangan yang dibuat adil, konsisten, sah dan boleh dipercayai.
Meningkatkan komunikasi profesional dalam kalangan guru.
Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Mewujudkan pembelajaran profesional dalam kalangan guru.
Moderasi melibatkan perbincangan, penyelarasan dan persetujuan sesama rakan sejawat dalam panitia atau mata pelajaran yang sama berdasarkan aspek berikut:
Aspek Yang Dimoderasikan
Penentuan kaedah
pentaksiran
Pemilihan instrumen
pentaksiran
Kriteria pertimbangan
profesional
Penentuan tahap
penguasaan
Model & Kaedah Moderasi
Terdapat beberapa model atau kaedah dalam moderasi. Guru boleh menggunakan mana-mana kaedah tunggal, atau boleh menggabungkan beberapa kaedah berikut mengikut kesesuaian:
Kalibrasi
Beberapa sampel hasil kerja murid ditaksir secara sendirian oleh guru.
Guru kemudian berbincang (moderasi) tentang pertimbangan yang telah dilakukan bersama rakan sejawat.
Tujuan Kaedah
Mendapatkan persetujuan dan pemahaman yang sama terhadap standard atau pertimbangan yang telah dilakukan.
Persidangan
Hasil kerja murid ditaksir secara sendirian oleh guru terlebih dahulu.
Beberapa sampel hasil kerja yang mewakili pelbagai tahap penguasaan dipilih secara kolaboratif dan dibincangkan secara bersama (moderasi).
Tujuan Kaedah
Mendapatkan persetujuan dan pemahaman yang sama dalam pemberian tahap penguasaan tersebut.
Merujuk Pakar
Guru melakukan pentaksiran kepada murid masing-masing.
Seterusnya hasil pentaksiran tersebut diserahkan kepada pakar (cth: Ketua Panitia/Munsyi) untuk mendapatkan maklum balas.
Tindakan ini untuk memastikan guru telah menterjemah dan menggunakan standard seperti yang dihasratkan.
Rujukan: Klenowski & Adie 2009; Hipkins & Robertson 2011