PBD Berasaskan Projek
Pengenalan
Dalam konteks KSSR dan KSSM, pelaksanaan projek merupakan satu proses pembelajaran yang berpusatkan murid di mana pelbagai disiplin ilmu boleh diintegrasikan secara sistematik dan terancang.
Aktiviti kerja projek dilakukan selepas murid telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Pentaksiran secara berterusan perlu dijalankan semasa pelaksanaan projek dan ini dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Berasaskan Projek.
Pelaksanaan kerja projek memberikan murid ruang untuk meneroka dan menyelesaikan sesuatu isu atau masalah secara praktikal dengan menjalankan inkuiri, perancangan, pelaksanaan dan refleksi. Ini menggalakkan pembelajaran aktif dan pengaplikasian KBAT, mengembangkan kemahiran berkomunikasi, serta menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.
Kumpulan Sasaran
Kerja projek boleh dilaksanakan oleh semua murid bermula dari Tahun 1 (Sekolah Rendah) sehingga Tingkatan 5 (Sekolah Menengah).
Matlamat Melaksanakan Projek
Menggalakkan dan membolehkan murid mendapat pengetahuan dan kemahiran baharu serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran secara aktif.
4 Fasa Pelaksanaan Pentaksiran Projek
Pembelajaran berpusatkan murid menuntut pelaksanaan pentaksiran mengikut langkah bersistem.
Inkuiri
Meneroka isu, mencari maklumat dan merungkai persoalan atau masalah yang diberikan.
Perancangan
Merancang strategi projek, menetapkan kriteria, matlamat dan tempoh masa pelaksanaan.
Pelaksanaan
Menjalankan kajian lapangan, mengaplikasi kemahiran baharu dan bekerja bersama pasukan.
Refleksi
Membuat penilaian kendiri, mengkomunikasikan hasil dan merefleksi proses pembelajaran.
Objektif Pelaksanaan Projek
Dalam pelaksanaan projek, adalah diharapkan murid dapat:
Menjelaskan matlamat dan konteks kerja projek.
Mencari maklumat melalui penerokaan kendiri.
Menghubungkaitkan pengetahuan spesifik antara mata pelajaran.
Mengaplikasikan kemahiran menjalankan kajian.
Merancang projek mengikut kriteria.
Menghasilkan pelan projek mengikut tempoh masa tertentu.
Menunjukkan kemahiran pengurusan.
Melaksanakan projek yang menepati matlamat, objektif dan prosedur projek.
Mengambil kira pandangan daripada pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah.
Membuat penilaian kendiri.
Berkomunikasi dengan berkesan dan menunjukkan kerjasama sepanjang pelaksanaan projek.
Mempamerkan nilai etika dan rohani melalui perlakuan mereka.
Tiga Model Pelaksanaan Projek
Kementerian Pendidikan mencadangkan tiga jenis model projek utama bergantung kepada kesesuaian, jenis sekolah, dan kehendak kurikulum.
Projek Gabungan
Mata Pelajaran
- Menggunakan konsep KmR (Kefahaman melalui Reka Bentuk).
- Dilaksanakan di sekolah di bawah Transformasi Sekolah (TS25).
- Guru menentukan tema, murid diberi kebebasan memilih tajuk.
- Dibuat secara berkumpulan dengan pentaksiran sepanjang proses.
Projek Komuniti &
Individu MYPIB
- Khas untuk sekolah program MYPIB (Middle Years Programme International Baccalaurette).
- Murid bebas memilih tajuk projek.
- Projek komuniti (berkumpulan) dan projek individu (bersendirian).
- Ditaksir berdasarkan rubrik rasmi IBO.
Projek Melalui
Mata Pelajaran
- Dilaksanakan dalam mata pelajaran masing-masing seperti dalam DSKP KSSR & KSSM.
- KSSM Menengah: Wajib untuk Sejarah, Geografi, RBT dan Asas Sains Komputer (ASK).
- Contoh: Kajian Kes (Sejarah), Kerja Lapangan (Geografi), dan projek khusus RBT/ASK.