4 Elemen Penjaminan Kualiti
Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.
Penjaminan Kualiti Melalui 4 Aktiviti
Pementoran
Proses membantu, memudah cara, dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut garis panduan.
Penyelarasan
Memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon.
Pemantauan
Memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
Pengesanan
Memastikan kaedah, prosedur dan instrumen yang digunakan sesuai dengan hasrat pentaksiran.
Penyelarasan
Memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan calon.
Pemantauan
Memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan ditetapkan.
Kualiti PBS
Pementoran
Proses membantu, memudah cara, dan membimbing guru melaksanakan PBS.
Pengesanan
Memastikan kaedah, prosedur dan instrumen digunakan sesuai dengan hasrat pentaksiran.