Konsep & Matlamat PBD
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan.
PBD juga merupakan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP untuk membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut.
3 Pendekatan Utama Pentaksiran
Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Assessment for Learning
Pentaksiran formatif yang sentiasa berterusan dalam PdP bagi membantu guru mengenal pasti tahap kefahaman murid dan merancang pengajaran seterusnya.
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Assessment as Learning
Melibatkan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya di mana murid merefleksikan proses pembelajaran mereka sendiri.
Pentaksiran Tentang Pembelajaran
Assessment of Learning
Pentaksiran sumatif yang berlaku di akhir sesuatu tempoh, tajuk, atau bidang untuk melihat tahap penguasaan keseluruhan murid.
Mentaksir untuk pembelajaran
(berterusan dalam PdP)
- Soal jawab semasa PdP
- Latihan Harian
- Tugasan Mingguan
Mentaksir sebagai pembelajaran
(berterusan dalam PdP)
- Pentaksiran Kendiri
- Pentaksiran Rakan Sebaya
Mentaksir tentang pembelajaran
(Pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran)
- Kuiz
- Ujian bulanan
- Ujian akhir sesi akademik