Manual Rujukan Utama

Ciri-Ciri Utama PBD

Terdapat 9 ciri utama Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dapat membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan lebih berkesan.

1

Dirancang oleh Guru

  • Menilai murid
2

Bersistem

  • Merancang PdP, menentukan instrumen, melaksanakan PdP dan pentaksiran, merekod, menganalisis, mengambil tindakan susulan dan melapor
3

Formatif dan Sumatif

  • Dijalankan secara berterusan
  • Mengesan perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid
4

Pelbagai Kaedah

  • Pemerhatian
  • Lisan
  • Bertulis
5

Berasaskan Kriteria

  • Menilai penguasaan berdasarkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi dan Tahap Penguasaan yang ditetapkan
6

Menekankan Perkembangan Individu

  • Berdasarkan kemampuan individu, bukan untuk perbandingan antara individu
7

Secara Menyeluruh

Mengesan Perkembangan:

  • Jasmani, emosi, rohani dan intelek
  • Kognitif, psikomotor dan afektif
8

Membolehkan Tindakan Susulan

  • Mengatasi kelemahan pembelajaran
  • Mempertingkat kekuatan pembelajaran
9

Pentaksiran Kendiri & Rakan Sebaya

  • Melatih murid mentaksir kemajuan secara berterusan
  • Guru mendapat maklumat tambahan