Manual Rujukan Utama

Pelaksanaan PBD

Dalam pelaksanaan PBD, guru perlu:

  • merancang PdP dan pentaksiran
  • melaksanakan PdP dan pentaksiran
  • mencatat status perkembangan murid
  • tindakan susulan
  • melaporkan Tahap Penguasaan

Proses Pelaksanaan PdP dan PBD

Rajah menunjukkan carta alir langkah demi langkah pelaksanaan PBD.

Merancang PdP & Pentaksiran

  • Mengenal pasti SK & SP
  • Menentukan objektif
  • Mengenal pasti instrumen pentaksiran berdasarkan aktiviti yang dirancang
  • Menentukan strategi pengajaran dan kaedah pentaksiran
  • Menyediakan instrumen mengikut keupayaan murid
1

Melaksanakan PdP & Pentaksiran

  • Selari dengan SK & SP yang telah dipilih

Bagi tindakan susulan:

  • • Menentu dan melaksanakan strategi pengajaran dan kaedah pentaksiran
  • • Menyedia dan menggunakan instrumen mengikut keupayaan murid
2

Mencatat Status Perkembangan Murid

  • Mencatat status perkembangan murid mengikut kreativiti guru
  • Merekod dalam dokumen (seperti rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak & templat pelaporan (Excel) dsb)
  • Menganalisis
3

Adakah perlu meningkatkan Tahap Penguasaan?

(Tertakluk kepada kesesuaian masa)

YA
Tindakan Susulan Kembali ke Langkah 2
TIDAK
Penetapan Tahap Penguasaan Terus ke Langkah 4
4

Melapor Tahap Penguasaan

Perekodan rasmi pencapaian murid

Guru perlu memberikan maklum balas semasa pentaksiran untuk membantu murid mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan aspek yang perlu diperbaiki.

Maklum balas berfungsi sebagai panduan penting untuk meningkatkan pembelajaran, menyesuaikan strategi dan mencapai kemajuan.